Nov 13, 2010

Moto, Visi dan Misi Majlis Penghuni Desasiswa Murni (MPDM)

Moto:               
Bersama Memacu Kegemilangan
Visi   :               
Menjadikan Desasiswa Murni desasiswa terunggul berwadahkan kelestarian serta membentuk mahasiswa berkeperibadian tinggi
Misi :               
Menyediakan kemudahan pelajar, persekitaran selesa, harmoni dan selamat kearah memacu kegemilangan Desasiswa Murni

Oct 31, 2010

Ucapan Penggawa Desasiswa Murni


Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan sekalung tahniah dan syabas di atas perlantikan Ahli jawatankuasa Majlis Penghuni Desasiswa Murni (MPDM) sesi 2010/2011. Selain itu, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Biro Grafik dan Publisiti yang telah bertungkus-lumus untuk mengemaskini laman web MPDM ini.

Laman web ini akan menjadi satu media utama bukan sahaja di antara warga Desasiswa Murni, malah sangat berguna bagi seluruh warga USM. Saya berharap input/informasi yang terkini dan komprehensif di dalam laman ini amat dialu-alukan supaya dapat menyaingi perkembangan dunia ICT yang begitu pantas sekali. Akhir sekali, saya amat berharap supaya laman web MPDM akan menjadi wadah untuk berkongsi maklumat secara interaktif dalam kalangan penghuni Desasiswa Murni dan warga USM keseluruhannya.

Jadikanlah diri anda sebagai warga Desasiswa Murni yang aktif dengan menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Majlis Penghuni Desasiwa Murni khasnya dan Universiti Sains Malaysia amnya demi untuk menempah tempat di Desasiswa untuk sidang berikutnya serta memperolehi pelbagai pengalaman.
“Memastikan Kelestarian Hari Esok”
Sekian, Terima kasih

__________________
Dr.Rushdan Hj. Ismail
Penggawa Desasiswa Murni

Ucapan YDP MPD murni 2010/2011


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebagai permulaan, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penggawa, Dr.Rushdan, penolong penggawa
,
Dr.Noreen dan pengurus desasiswa kerana memberi peluang memikul tanggungjawab sebesar ini.seterusnya saya juga ingin mengucapkan penghargaan kepada pengurus laman web Desasiswa Murni dan juga Biro dan Ajk Grafik dan Publisiti MPDM atas tenaga dan idea yang telah dicurahkan. Diharap dengan kewujudan laman ini, penghuni Desasiswa Murni dapat merapatkan hubungan dengan Majlis Penghuni Desasiswa Murni (MPDM) melalui penyampaian komen dan pendapat yang membina demi kecemerlangan kita semua.

Seterusnya, kami selaku organisasi yang telah diberi mandat untuk menjaga kebajikan setiap penghuni akan berusaha dengan sepenuh tenaga untuk menjaga kebajikan saudara dan saudari. Hal ini kerana kami amat mementingkan kebajikan penghuni selari dengan aspirasi MPDM sidang ini. Perkara ini melambangkan hasrat MPDM untuk bersama-sama penghuni, saling bantu-membantu untuk membawa kecemerlangan kepada desasiswa tercinta ini. Laman web ini juga dijadikan sebagai satu medium untuk pihak MPDM mengemaskini dan memaklumkan segala perkembangan aktiviti dan hebahan serta maklumat yang penting kepada penghuni.
Setakat ini, MPDM sudah mula melakukan perancangan dan memantau beberapa masalah yang perlu diselesaikan seperti masalah aduan dan juga kerosakan prasarana yang disediakan. Insyaallah, kami sedang berusaha dengan sebaik mungkin untuk mempertingkatkan kualiti sistem dan menyelesaikan segala masalah yang melibatkan prasarana. Bukan sekadar itu, kami juga cuba mengorak langkah membawa satu transformasi hari esok. Merancang pelbagai aktiviti baru bagi meningkatkan produktiviti desasiswa kita.
“MPD adalah penghuni, penghuni adalah MPD”, Maka Marilah Mengubah Hari Esok Bersama.

____________
YDP MPD Murni 2010/2011
Nasrinsa Bin Shahul Hameed