Oct 31, 2010

Ucapan Penggawa Desasiswa Murni


Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan sekalung tahniah dan syabas di atas perlantikan Ahli jawatankuasa Majlis Penghuni Desasiswa Murni (MPDM) sesi 2010/2011. Selain itu, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Biro Grafik dan Publisiti yang telah bertungkus-lumus untuk mengemaskini laman web MPDM ini.

Laman web ini akan menjadi satu media utama bukan sahaja di antara warga Desasiswa Murni, malah sangat berguna bagi seluruh warga USM. Saya berharap input/informasi yang terkini dan komprehensif di dalam laman ini amat dialu-alukan supaya dapat menyaingi perkembangan dunia ICT yang begitu pantas sekali. Akhir sekali, saya amat berharap supaya laman web MPDM akan menjadi wadah untuk berkongsi maklumat secara interaktif dalam kalangan penghuni Desasiswa Murni dan warga USM keseluruhannya.

Jadikanlah diri anda sebagai warga Desasiswa Murni yang aktif dengan menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Majlis Penghuni Desasiwa Murni khasnya dan Universiti Sains Malaysia amnya demi untuk menempah tempat di Desasiswa untuk sidang berikutnya serta memperolehi pelbagai pengalaman.
“Memastikan Kelestarian Hari Esok”
Sekian, Terima kasih

__________________
Dr.Rushdan Hj. Ismail
Penggawa Desasiswa Murni

No comments:

Post a Comment